Nak taknak hari ni aku kena settle kan jugak hal ni..Kebetulan waktu nak keluar tu ada customer mintak prebet ke Pos Laju dan pekan..Alamak ni dah makan masa aku sikit ni untuk print gambar baru (sebab yang print pagi tadi silap saiz) lepas tu nak ke KKB lagi..Takpe la Allah dah bagi rezki kan jadi aku pun prebet la customer tu..
Lepas dah settle hal prebet tu, apa lagi dah macam kartun aku di buat nye..Mula-mula ke PT untuk print gambar lepas tu drive melulu ke KKB, adesss minyak dah tinggal sikit lak jadi kena la isi minyak di Shell simpang nak ke KKB..Sampai pekan KKB, aku dah pening tengok signboard yang pelbagai arah, rasa-rasa nye memang aku akan sesat ni..
Yes!! Memang aku sesat pun, jadi kena la ringan mulut tanya orang-orang di tepi jalan..Alhamdulillah dapat sedikit panduan dari uncle yang meniaga ayaq nyoq tepi jalan..Tapi dia tak bagi panduan penuh di mana terletak nye Jabatan Imigresen..Di pendek kan citer aku sesat terok sampai kawasan perumahan orang asli la, hospital la, rumah kebajikan la, berpeluh-peluh aku di buat nye..Last sekali jumpa 2 orang uncle yang sedang jogging, kata dorang pejabat tu ada kat pekan je..Laaaa cam mana la aku tak perasan, satu hal lagi nak ke pekan aku sesat jalan lagi..
Ni semua gara-gara Maps la ni, aku ikot sampai ketahuan di buatnya..Alhamdulillah berjaya gak sampai ke pekan dan melilau cari bangunan yang di katakan di situ terletak pejabat imigresen..Lagi sekali ringankan mulut tanya kedai-kedai kat mana pejabat tu, akhirnya jumpa gak..Jam di tangan menunjuk kan pukul 05:10pm, bukak lagi kot biasa pejabat tutup kul 05:30pm..Tiba-tiba tarik pintu eh asal tak boleh bukak ni, lepas tu baru nampak waktu operasi untuk hari Jumaat sampai kul 05:00pm..
Maka nye duk tercongok la aku di tepi kereta mengenangkan nasib diri ni..Mungkin salah aku gak sebab tadi dah masuk waktu Asar asal la aku tak pi solat dulu kan..
Sebagai umat Islam, aku harus menunaikan solat Asar aku, jadi berhenti solat di Masjid tepi jalan ni on the way nak balik ke Tg.Malim..Maaf lupa nama Masjid walaupun dah kali ke-2 aku singgah solat di sini huhu..Alhamdulillah lepas solat hati ni rasa tenang sikit daripada tadi, fikiran pun dah tak bercelaru..Sebab tu setiap kali kita di berikan ujian perlu ingat pada Allah, In Sha Allah akan di berikan jalan penyelesaian..Alhamdulillah selesai solat Asar dapat panggilan dari Abah, Abah tanya tentang pasport tu dapat renew atau tak..Aku pun citer la apa yang terjadi pada Abah, jadi Abah pun bagi tau nak bank in sikit duit untuk cover renew dengan cost aku ke pejabat imigresen lain pulak esok..
Mudah-mudahan esok bukak la pejabat imigresen di Teluk Intan agar aku dapat selesaikan masalah ni dengan kadar segera, Amin =) ..


No comments:
Post a Comment