Saturday, June 7, 2014

Penantian


Assalamualaikum..Penantian?? Penantian untuk apa?? Maklum la bila sem ni 1 je paper final exam, last day pulak tu, memang bosan sesangat sampai tak tau nak buat apa..Dulu time ada kelas bukan main malas lagi nak ke kelas konon nak berehat kat bilik, sekarang ni dah free sesangat rasa bosan la pulak..

Jadi tunggu masa jela untuk event 15hb di Sungai Siput, Perak collaboration dengan students UKM untuk bantu pelajar-pelajar Sekolah Simpang Beluru (ye kot nama sekolah tu) dalam menjadi Hos untuk sambut students over sea..Peerrgghhh 1st time la join event yang besar macam ni, melibatkan student over sea tu dari Jepun, Korea, Philippine, Singapore dengan Brunei mungkin join sekali kot..Aku akan berada di sana selama seminggu, mintak-mintak la aku tak duk sebilik dengan student over sea, bukan apa takot aku tak selesa dengan dorang dan dorang lak tak selesa dengan aku..

Yang best nye (best ke??) aku incharge untuk bahagian penerangan, lebih kurang macam Tour Guide gak la..Haaa kena practice speaking la gini kalau tak jadi ayam itik la nanti, lebih-lebih lagi dengan students dari Jepun dan Korea, jangan jadi ayam itik sudah hahahaha kang dua-dua guna bahasa isyarat lak nanti hahaha..Setakat ni aktiviti yang didedahkan kat sana ok gak la, bawak jalan-jalan ke Bukit Merah lawat orang utan, pi Perak Man, lepas tu macam biasa la aktiviti riadah sukan rakyat..

Untuk ni In Sha Allah takda masalah untuk aku hadap nanti, tapi macam mana dengan event YSS di Vietnam nanti?? seriously pengalaman aku ZERO dalam bab-bab ni, lepas tu paling hampeh takda pengalaman naik flight pun..Aku tak tau persediaan apa yang aku perlu buat sebelum pi sana selain berlatih cakap Inggeris selalu..Semalam dah Google tentang Vietnam, ada la serba sedikit info dalam Wikipedia, tapi aku rasa info yang aku nak macam tak ada dalam tu..Aku nak tau tentang culture orang sana macam mana, nak tau what DO and DONT..


Tapi kalau tak silap dalam surat tawaran tu ada maklumkan sebelum berlepas ke Vietnam nanti dorang akan buat Bengkel Pre Departure..Mungkin nak terangkan lagi lebih terperinci tentang program ni di sana nanti kot..Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar untuk aku sebelum dan selepas program ni..Memang aku tak diberikan elaun untuk pgoram ni, tapi apa yang aku nak timba adalah pengalaman join program sukarelawan, lebih-lebih lagi di negara orang pulak tu, dan nak tunjuk kan pada family dan dunia yang aku bukan seorang looser, ada sebab kenapa aku wujud di dunia ni =) ..

No comments:

Post a Comment