Assalamualaikum..Syukur Alhamdulillah, rasa bebanan yang di tanggung selama ni dah berkurangan sedikit..Walaupun masih ada lagi final project yang belum submit, sekurang-kurangnya masih ada 2 lagi final project yang perlu submit dan tinggal touch up sikit je lagi..Pendek kata minggu depan submit lepas tu boleh la berehat sepuas-puasnya =) ..
Apa plan cuti study week ni?? Memang takda plan pun, kira nya makan, tido, solat, tengok movie, gitu jela kot..Tapi tak jugak kot, minggu depan 3hb aku kena pi UKM untuk sesi taklimat event komuniti dengan pelajar sekolah dari luar negara..Kemudian 4 & 5hb lak kaji selidik dengan pihak MQA..Rasa tak best pun ada bila terpilih untuk wakil batch pi kaji selidik tu, sebab nya aku nak kena ulang kaji balik subjek-subjek yang lepas takot dorang tanya lak nanti..
Pape pun malam ni boleh rilek-rilek sikit dah kot, tapi rasa nya macam tengah semangat la pulak nak siapkan final project digital graphic sebab nya tinggal sikit je lagi untuk di siap kan..
Jemput-jemput makan maggi goreng petang gini =)
Friday, May 30, 2014
Tuesday, May 27, 2014
Final Project
Assalamualaikum..Ya sebagai seorang student memang tak kan lari dari tajuk di atas nunnnn..Jadi di sebabkan tu juga lah yang aku tak update blog beberapa hari ni..Busy sangat-sangat, maklum la orang lain final exam berpaper-paper, aku ni lak paper yang pertama dan terakhir 21hb Jun ni je hahahaha..Memang terbaik la kan satu je paper bak kata orang lain, tapi cons nye lak nak pulun buat final project ni memang susah la sebab bukan satu subject je huhu..
Apa-apa pun malam ni rasa syukur sangat-sangat =)..Sebab apa?? Sebab akhirnya si dia faham gak kenapa aku duk buat perangai pelik-pelik selama ni dengan dia..Syukur sangat-sangat dia dapat baca otak geliga ni hahaha dan memahami hati ku yang kerdil ni..
Ok cukup nak sambung buat assignment hoho..
Wednesday, May 21, 2014
My Baby
Yamaha FZ150i
Assalamualaikum..Setiap orang mesti ada hobi sendiri kan, dan semestinya masa banyak diperuntukkan untuk hobi tersebut, dan semestinya lagi akan sayang sangat-sangat dengan hobi tu..Ada yang gila kan gadget, ada yang gila kan kamera..Untuk aku, aku pilih permotoran sebagai hobi aku =) ..
Nak kata minat motor tu, memang minat la dari kecik lagi kot, especially motor scram..Sebabnya kebanyakkan Kamen Rider dulu-dulu naik motor scram hehe..Ingat lagi dulu ada model motor scram hampir 10 bijik, Abah memang bising la setiap kali pergi pasar malam mesti aku mintak mainan motor scram hahaha..Tapi aku takde la bertuah macam budak-budak lain yang naik sekolah menengah dah boleh bawak motor ke sekolah, adik-adik sila dapatkan lesen dulu ye jangan ikot contoh yang tak baik..Lepas tamat ujian SPM baru la aku diberi peluang untuk ambik lesen motor dengan kereta sekali gus, maklum la duduk asrama susah sikit nak buat itu ini kan..Alhamdulillah selepas berjaya dapatkan lesen L, motor EX5 digunakan oleh aku untuk buat pi kerja atau jalan-jalan, tapi masih akak guna skali gak la motor tu..
Waktu jadi student U ni kalau tak ada transport memang la susah, serius tak tipu tau..Dulu waktu Diploma kerap gak la pinjam motor kawan-kawan untuk ke pekan, tapi selalu nye atas urusan nak beli barang niaga la apa la, tak pernah lak guna untuk dating sebabnye aku single huhu..Tapi takde la pinjam gitu je, aku pi pekan lepas tu aku isikan minyak, yela orang dah bagi pinjam kita kena la hargai kan..Cuma nye, pernah senior aku dulu mengeluarkan ayat yang sampai bila-bila memang aku tak kan lupa la, mungkin waktu dia kuarkan kata-kata tu dalam keadaan bad mood kot.."balik-balik muka hang datang bilik aku nak pinjam motor, dah takde orang lain dah ke"..Serius beb aku tersentap gila kot waktu dia kata macam tu, memang ayat tu menusuk tajam ke jantung aku, nasib tak mati..Lepas daripada tu memang aku nekad abih Diploma aku nak keja dulu untuk beli motor kemudian baru sambung Degree..
Alhamdulillah abih Dip dalam 2 bulan lebih aku berjaya dapatkan keja di TMPoint Kangar

Haaa ni la dia dalam TMPoint Kangar, kalau korang boleh nampak kaunter No 3 tula meja aku duduk tiap-tiap minggu.
Waktu awal-awal kerja dulu memang tak banyak kerja yang aku mampu buat, yela bukan nye senang nak belajar sistem itu ini dalam tempoh yang singkat kan..Jadi dalam waktu tu memang website Google la jadi pilihan hati untuk aku bukak tiap hari, yeeesss!!! Untuk survey motor apa yang aku nak beli hehe..Survey punya survey, last-last ingat berkenan kat motor Yamaha FZ150i, apa lagi tiap-tiap hari bukak forum tu dan baca apa yang dorang post dalam tu..Taknak register lagi sebab tak tau aku akan dapat beli motor tu ke tak..
Dipendek kan citer, Alhamdulillah ada rezki aku untuk memiliki motor tu..Ingat nak ambik hutang je lepas aku berjaya kumpulkan duit gaji aku untuk buat downpayment motor tu, tapi Abah tolong beli kan dengan syarat tiap-tiap bulan aku bayar semula kat dia..Wokey no problem Abah, memang tiap-tiap bulan aku bayar banyak macam RM500, RM600 supaya cepat settle hutang tu..Alhamdulillah dalam tempoh setahun aku berjaya bayar semula RM8050 kat Abah..Aku akan tunjuk kan fasa-fasa motor yang telah aku ubah suai
Ni la dia waktu hari pertama keluar kedai, petang tu terus aku tempek kan sticker Naga dan tulisan Dragon yang aku buat sendiri sebulan sebelum beli motor tu..Helmet tu pun sama gak, aku beli sebulan sebelum motor keluar, punya la excited nak dapat kan motor pertama hehe
Dalam fasa ke-2 ni banyak gak la yang aku dah perabihkan duit, untuk lebih detail korang boleh cari video tentang motor aku di Youtube..Alhamdulillah secara pelan-pelan aku mampu beli jacket dan glove
Uik motor apa ni?? Haaa korang jangan terkejut, ni masih motor aku yang sama cuma ia dah berubah ke fasa 3 hehe
Dah macam Superbike lak hehe, pada hal sarung fairing Yamaha TZM je..serius Abah pun suka tengok aku buat ubah suai macam ni
Dalam fasa yang ke-5 ni tak banyak yang ubah, cuma fiber dengan lampu depan Nouvo-S, tukar scheme color, dan balut custom seat
Selepas terlibat dalam kemalangan, aku terpaksa melalui fasa ke-6 huhu, ingat best ke tukar banyak kali tu semua duit tu
Yang ke-7 paling ganas la, tak perlu aku citer nape korang tengok pun mesti boleh agak dah kan kenapa aku bagi tau macam tu
Sepatutnya ada lagi satu gambar tapi tak tau la hilang ke mana, gambar tu aku guna headlamp Apido Turtle
Ni fasa yang terakhir aku, fasa yang ke-9
Kalau korang perasan, aku memang sayang sangat-sangat kat Baby aku ni..Tapi apakan daya, jodoh aku dengan dia tak lama..In Sha Allah mungkin satu hari nanti aku akan dapat yang lebih baik dari ni kan =)
Last Minute
Assalamualaikum..Pagi tadi kelam kabut bangun sebab ada replacement kelas pulokkk..Memang sepanjang 2 minggu ni jadi huru hara sikit, tapi tak salah kan sape-sape pun sebab punca nye aku sendiri yang tak pandai uruskan masa..
Sesampai di Malim Sarjana untuk ke bilik lecturer, kelam kabut sketch untuk poster yang dia suruh buat..Dah nama pun last minute kan, jadi sketch tu hanya pada level budak-budak sekolah rendah jela..Seperti apa yang aku jangka, ttteettttt kena reject sebab lecturer tak dapat bayangkan apa yang aku cuba design untuk poster tu nanti..Memang jenis visual lecturer aku ni, susah jugak nak penuhi kemahuan dia..
Pukul 10 pagi lak seperti biasa ada kelas Video Production, malas nak citer secara detail sebab aku serabut dah dengan attitude masing-masing..Kasi skip teros hoho :p ..
Petang tadi 1st time ke HEPA di kampus baru, pernah berlegar kat luar bangunan tu jela, dalam tak pernah masuk pun..Lepas tu baru tau yang mesin ATM Bank Islam kat situ dah beroperasi semula, rasanya sebab dah banyak urusan di situ jadi ada la pengguna mesin ATM dan Cash Deposit tu kan

Sementara tunggu 2 orang kawan selesaikan urusan dalam pejabat, aku ambik angin dulu dan tenang kan fikiran dengan menikmati keindahan ciptaan Allah =)
Petang tu aku, Iszuan dan Za, ke KFC lepas si Za dah selesai dengan urusan dia nak print banner..Tiba-tiba budak tu mengidam nak makan KFC lak, takpe asalkan tak suruh aku belanja hahaha..
Woops! Hampir lupa lak, malam tadi aku dah hasilkan satu video..Nak kata seangkatan dengan Mat Luthfi, Anwar Hadi, takde la sebab dorang tu vlogger, aku ni apa la sangat kan..Tapi Alhamdulillah ramai yang bagi positive feedback tentang video tu, ni yang rasa semangat nak hasilkan video lagi ni hehe..Pape pun harap korang enjoy ye dengan video ni =)
Monday, May 19, 2014
Celebrate B'day
Wan, My Housemate, My Coursemate
Assalamualaikum..Alhamdulillah tadi selesai juga celebrate budak yang bernama seperti di atas, tanggal 20 May 2014 gelap lah umur budak tu 25 tahun walaupun perangai macam 18 tahun lagi hahaha..Berpakat dengan budak-budak kelas yang lain Ong, Lili, Ifa, Miyah, Aida, Farah, dan 2 orang lagi budak umah aku, Yazeed dan Peja..Tapi budak 2 orang tu tak dapat follow sebab ada hal lain pulokkkk..
Konon nak buat surprise kat Wan, jadi aku pun jadi la Master Mind untuk semua ni..Tempah kek, tempah meja kerusi kat KFC semua aku settle kan..Yang major problems nye budak-budak ni ada yang susah nak pakat, kejap itu la ini la pening aku dengan Lili di buat nye hahaha..Pape pun Alhamdulillah berjaya gak sambut walaupun aku tak tau la jadi ke tak surprise tu..Yang penting semua dapat makan, kek yang aku pilih pun sedap hahaha pandai aku pilih kan..

Kek fresh cream perisa Vanilla Chocolate, memang terbaik ar..Spiderman aku aku tambah sebab ingat nak letak Batman sebab Wan minat Batman tapi takde lak, jadi aku gantikan dengan Spiderman pun boleh la..Kek ni korang boleh dapati di kedai Delicious yang terletak berhampiran dengan stesen bas Tg.Malim..
Tersusun baik nye makanan di atas meja..Ada lagi budak-budak yang lain tapi aku tak sempat snap lak picture dorang, aku dah lapar sangat tengok makanan ni jadi fokus untuk makan je (tak makan tengah hari siang tadi huhu)..
Ni la dia b'day boy, entah apa motif buat gigi tu pun entah la, budget comel la macam arnab hehehe..Pape pun dia masih single still available, jadi sape-sape yang nak apply tu boleh la isi borang cepat-cepat ye hehe..
*balik kolej kena mandi air busuk lak hahaha kesiannnnn
Sunday, May 18, 2014
Friend Zone
Assalamualaikum..Bila korang baca tajuk post ni mesti korang familiar kan, lebih-lebih lagi untuk orang yang selalu ada dalam situasi ni..Contoh terdekat aku la orang nye hoho..
Bukan nak kata diri ni sengal sebab selalu ada dalam situasi tapi ada la sebab-sebab yang menyebabkan aku selalu ada dalam situasi ni..Bila baca artikel ni baru tau sebab apa, tapi kadang-kadang susah gak nak elak..Contoh macam gambar kat atas ni, memang last step apa yang korang perlu buat ialah lepaskan saja perasaan korang tu pada orang tu, macam ayat dalam artikel tu,
"It's time you tried to move on. It's time for you now to untie those heart strings and to start searching for someone just as attractive to you. There's plenty more fish in the sea, and you deserve to find true love, just like everyone else"
Tapi bukan nye mudah untuk buang perasaan sayang pada seseorang tu, bagi pihak sebelah yang menganggap kawan daripada awal lagi takpe la bagi dia kan, yang kita ni macam mana?? Untuk yang nak cuba escape from Friend Zone korang boleh la baca dari artikel ni dan cuba tips yang di beri, untuk aku memang langkah ke 15 tu je, tak pun langkah 1000 hahahaha..
http://likes.com/relationships/how-to-escape-the-friend-zone?
Mari Makan
Loveat Tg.Malim
Assalamualaikum..haaa 1st post tiba-tiba dah pasal makanan kan hehe, saja nak bagi korang terasa lapor bila nengok makanan ni
Haaa amacam terliur tak?? hehe..Kedai ni terletak berhampiran Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI, atau pun Taman Universiti..Kedudukan kedai ni di bahagian hujung jadi korang kena rajin berjalan sikit ye, kasi exercise sikit apa salahnye sebelum melantak puas-puas kan hehe..Ooo ye set yang dalam gambar ni, especially burger yang di balut dengan kertas aluminium tu, yang tu Black Pearl set..Untuk penerangan yang lebih akan di terangkan di bawah ni, meh-meh scroll ke bawah hoho :p ..

Ni ruang dalam restoran Loveat, tapi skang ni dah ada tambah decorate lagi..gambar ni tahun lepas punya waktu tugasan kumpulan
Haaa ni la dia owner Restoran Loveat (yang pakai cap tu), Abg Fazli..Yang sebelah tu kawan beliau, seorang businessman gak tu..
Macam mana korang nak order?? Haaa ni nak habaq mai kat hangpa semua, hangpa tak perlu nak beratuq panjang-pangjang tunggu giliran nak order, sistem depa duk ada ni baguih punya hehe..Di setiap meja akan di letak kan Order Chit, iaitu kertas yang dalam gambar kat atas ni, lagi sekali mintak maaf sebab yang ni Order Chit yang lama sebab sekarang dorang dah tambah menu baru, Gourmet Sausage jadi ada penambahan pada OC tu..Nanti akan datang pelayan-pelayan Loveat ke meja korang untuk bagi menu dan explain macam mana korang nak buat pesanan makanan tu
OK ninnnn diaaaa Menu yg di katakan tadi..Lepas korang di beri menu, nanti staff akan tanya, "Encik/ Puan 1st time datang ke sini ke??" kalau korang 1st time mengaku jela ye, jangan berlagak pro lak nanti order merapu je hihi..Bukan apa korang biasanya familiar dengan KFC, Mc'D, Pizza Hut, dan seangkatan dengan nya, tapi dengan Loveat ni korang tak biasa lagi kan..
Macam ni ada beberapa menu yang korang boleh pilih dari Beef, Chicken, Lamb, Fish, Veggie, Kid Set, dan Gourmet Sausage..Selain tu ada jugak Add On contoh Nugget, Hash Brown, Mushroom, dan macam-macam lagi la..Kalau korang ambik set lagi berbaloi sebab sekali dengan fries yang di taburkan dengan serbuk-serbuk herba, special sauce, dan jugak air dengan gelas besaq wooooooo..Air tu untuk set korang boleh pilih soya, cincau, Pepsi, 7up, Mirinda, dan ice lemon tea..Selain tu ada gak float, korang cuma tambah RM1 je, berbaloi dengan aiskrim vanilla 2 scoop tu..
Lepas korang dah tick makanan apa yg korang nak makan pada Order Chit tu, haaa korang bawak la ke akaunter ni..Mudah kan, sambil duduk-duduk pilih makanan sampai kaunter serahkan OC, buat bayaran dan kemudian korang duduk semula di meja tunggu makanan di hantar..Takde la lenguh nak beratur panjang-panjang tunggu orang depan order berapa lama pun tak tau kan..Haaa akak manis dalam gambar ni isteri kepada Abg Fazli, mereka berdua ni memang sporting la korang jangan risau nak tanya apa pun =) ..
Sementara korang tunggu akak di kaunter kira total korang order, korang tengok di sebelah kiri korang akan nampak gambar-gambar orang yang pernah berkunjung ke Loveat..Kalau korang pergi sekarang ni rasanya lagi banyak gambar sebab dorang celebrate Hari Wanita dan juga Hari Ibu, pelanggan yang datang pada hari tersebut dapat bunga tuuuuuuu..Gambar aku pun ada gak, jangan jeles hehe :p ..
Di sini gak ada disediakan kemudahan tandas dan juga Surau bagi Muslim untuk menunaikan solat..
Alhamdulillah dapat t-shirt Loveat free waktu buat interview dulu, aip2 tak baik jeles tau hehe :p
Nah racun korang lagi sekali hehe..Restoran ni beroperasi dari waktu 6.00 petang sehingga lah 11.00 malam..Jadi lepas solat Isya pun sempat lagi korang nak pergi kan..Apa-apa pun kedai ni ramai yang kunjung tak kira lah bangsa apa pun, sebab bak kata Abg Fazli tujuan dia nak bagi orang makan kenyang (patut la semua besar-besar, burger, kentang, gelas hehe thorrrrbaik la)..
Ni link page Loveat untuk korang update sebab Loveat selalu jugak la buat offer macam-macam tertarik kau memang da bomb hehe, https://www.facebook.com/LoveatsKitchen
Di page ni pun korang boleh dapatkan alamat Loveat bagi yang berada di luar kawasan Tg.Malim yang tak familiar dengan kawasan sini lagi..
Hope korang enjoy makan di sana, In Sha Allah =)
*sedikit maklumat tambahan yang korang perlu tahu tentang Loveat:
-untung menghasilkan roti yang berwarna kelabu tu, ianya adalah dari charcoal bamboo yang di import dari Jepun
-hampir 100% produk Loveat adalah homemade
-pemilik Loveat betul-betul teliliti dalam memilih bahan-bahan masakan sehingga kan sayur yang di gunakan walaupun rosak sedikit beliau akan gantikan dengan yang lain..Begitu sekali mereka menjaga kualiti produk dan kebersihan makanan mereka =)
Permulaan Kisah Ku
Assalamualaikum..Entah tak tau kenapa baru hari ni aku terasa nak aktif semula dalam blog, walaupun blog2 aku yang sebelum ni pun takde la aktif mana, tapi tula entah tiba-tiba lak rasa nak aktif semula dalam ni..Sebelum ni kalau tak banyak je idea yang aku nak kongsi dalam blog, tapi tu la tengok la kalau aku mampu korek balik idea yang dah tenggelam lama tu..
In Sha Allah kali ni aku akan betul-betul aktifkan semula blog aku ni..Sekarang ni pun aku baru tau yang blog ni bukan nye hanya semata-mata tempat kita luahkan luahan hati kita yang entah belum tentu ada orang nak tau, tapi juga sebagai tempat untuk kongsi maklumat..Contohnya mana tempat makan yang menarik di sekian-sekian tempat kan, sekurang-kurangnya dapat gak la membantu orang lain, kan ke pahala tu, mudah kan untuk peroleh pahala ni sebenarnya =) ..
Jadi sebagai permulaan, maybe aku start dengan tempat makan yang menarik di Tg.Malim memandangkan aku study di sini jadi memang selalu ada kat sini la kan hoho (mentang-mentang la aku suka makan kan)..

Subscribe to:
Posts (Atom)