Saturday, July 19, 2014

Permulaan Di Vietnam

Assalamualaikum..Kali ni memang kaw-kaw nye lama aku tak update blog, since busy dengan program KOSISWA hari tu memang susah nak update blog..Yela hari tu kena kursus untuk pertauliahan SISPA, dari pagi sampai ke tengah malam program..Dengan penat lelah nye membuatkan aku takde masa nak update blog huhu..

Ni saje la nak bagi tau sekarang ni aku ada di Vietnam, Alhamdulillah berpeluang untuk melihat negara orang..Kalau sebelum ni aku selalu nampak foreigner di Malaysia, sekarang ni aku pulak jadi foreigner di tempat orang hehe..Baru tau macam mana rasanya bila orang pandang lain macam dan tak faham sepatah perkataan yang dorang bualkan hahahaha..Aku ada di Vietnam ni pun sebab misi di bawah Yayasan Sukarelawan Siswa, tak pasti lak aku ada citer dalam post aku sebelum ni atau tak tentang aku dapat panggilan untuk sertai misi ni..Nak taip panjang-panjang rasa macam malas pun ada sebab kat sini aku kena taip report setiap hari, tak tau la nape rasa taip blog lagi best dari taip report hahaha..Jadi aku upload gambar jela dan biar ia berbicara, ada letak caption sekali kat bawah tu hehe..Anything kalau nak tanya boleh contact ye ;)

Sebelum ke Vietnam, para peserta misi perlu hadir training di AKEPT.
2 orang wakil dari UPSI bersama Dato' Zuraidah Atan.
Para peserta yang terlibat dalam Misi Vietnam.

Sesi pembelajaran Bahasa Vietnam.

Sahur & berbuka di AKEPT ni memang awesome la, rindu nak makan macam ni lagi huhu.

Tunggu next post aku akan update pulak sesampainye aku di Vietnam ye, tunggu.........

Saturday, June 28, 2014

Busy Sesangat

Assalamualaikum..Perrgghhh dah lama tak update new entry post, biasa la busy dengan event macam-macam..Meh nak story mory dengan event KOSISWA di Sungai Siput tempoh hari..

On the way ke Hotel Crystal Crown, singgah berehat di RnR Sungai Buloh..1st time makan Burger King ni, ok gak la especially Milo Koko Crunch tu hehe

Lama pulak tak merasa menginap di hotel, jadi selepas briefing di Crystal Crown Hotel pada 15 Jun 2014, beberapa orang di arah bergerak ke Sungai Siput terlebih dahulu untuk prepare apa yang patut di sana, aku salah sorang antara nye la..Tapi tak kena prepare apa sangat la walaupun KOSISWA dari UPSI dan UPM di katakan sebagai HOST, tapi dah banyak persediaan yang dah di buat oleh budak SMK Simpang Beluru dan pihak hotel MH, jadi kami ni cuma bantu sikit-sikit je..


Briefing di Hotel Crystal Crown, ni tentative program untuk event ni.



Sampai hotel awal dari yang lain boleh main guling-guling atas katil dulu hehe.

Alhamdulillah tetamu yang di jemput dari Singapore dan juga Filipina seramai 18 orang, semuanya sporting-sporting..Tak percaya tengok picture di bawah nanti hehe..Kiranya sepanjang program Alhamdulillah berjalan dengan lancar walaupun ada la sedikit masalah namun dapat di atasi =) ..Ada hikmah jugak aku join event ni, sebabnya di pertemukan dengan En. Azlan dari pihak Angkasa dan Pn. Ros Zurina, mereka berdua ni boleh di katakan orang kuat Angkasa jugak la..Sebab apa aku kata bertuah, sebabnya En. Azlan ada buat bisnes percetakan, jadi nya aku boleh la tempah t-shirt dengan dia, boleh la dapat untung sikit-sikit pun kan..Lepas tu Pn. Zurina lak ada kawan yang buka syarikat animasi, katanye kalau free boleh la buat part time kat situ, tak pun apply untuk praktikal nanti kan..Syukur sangat-sangat dapat join event tu..


2 orang hot stuff ni students dari Filipina hoho.

Ninnn diaaa budak-budak KOSISWA dari UPSI dan UPM..Kami semua memang sporting dan gila-gila, rindu betul saat-saat suka dan duka bersama mereka..Tak sabar nak tunggu event yang akan datang bersama mereka lagi =) ..


Saturday, June 14, 2014

Alhamdulillah Akhirnya

Assalamualaikum..Syukur Alhamdulillah tak terhingga sebab semalam selesai gak untuk renew pasport baru..Pagi semalam dalam pukul 8.30am macam tu aku try call Imigresen Teluk Intan..Sekali operator jawab "Harap maaf nombor yang anda dial belum di daftarkan", haaa dah tu kenapa boleh ada kat webpage nombor tu??..Cari punya cari last sekali yang aku rasa boleh pi pun UTC Ipoh, Perak..Untuk confirmkan aku pun call classmate sekolah teknik dulu, Fifi..Katanya memang bukak hari Sabtu lepas tu boleh buat urusan pasport..Apa lagi terus siap pi mandi dan gerak ke sana dengan motor..




Alhamdulillah dalam kul 11.30am aku berjaya gak sampai di UTC Ipoh selepas sesat di pekan Ipoh hahahaha, aku ni tak sah kalau tak sesat pi mana-mana pun..1st time masuk bangunan UTC dan baru aku tau rupanya dalam satu bangunan ni merangkumi banyak sektor-sektor kerajaan, kiranya memudahkan urusan untuk orang awam..Alhamdulillah urusan untuk renew pasport ni tak lama, cuma nya gambar akan di ambil terus di kaunter, jadi sia-sia jela kelmarin aku kelam kabut edit gambar lepas tu print sampai 2 kali lak tu tau-tau tak guna pun gambar tu huhu..Lepas dah berurusan di kaunter nak kena tunggu di kaunter serahan, aku semalam kena tunggu sejam baru boleh ambik pasport..

Pape pun Alhamdulillah Allah dah memudahkan urusan dan perjalanan pergi dan balik pun selamat, cumanya aku ni terok sangat tak pakai sweater waktu ride semalam..Cuma pakai sarung muka dan kasut tu je, kalau time dulu-dulu dengan helmet full face bagai, glove lagi, semalam kering gitu je..Akibatnye hambik sun burn tangan hahaha..Takpe alah bisa tegal biasa =) ..

Friday, June 13, 2014

Bagaimana Memohon Pasport?

Assalamualaikum..Kebetulan aku sekarang ni dalam permasalahan ni, jadi aku pun share info yang aku ambil dari webpage Jabatan Imigresen Malaysia..

Pasport Malaysia Antarabangsa
1. Pengenalan
Pasport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.
a. Kelayakan - Warganegara Malaysia.
b. Tempat Memohon - Permohonan boleh dikemukakan di semua Pejabat Imigresen Negeri di Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia jika berada di luar negara.
c. Tempoh Sah Laku - Tempoh sah laku selama dua (2) tahun atau lima (5) tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan.
d. Spesifikasi Gambar Pasport Polikarbonat
spec
1.Kepingan gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang
2.Saiz wajah pembawa passport berukuran minima 25-30mm
  (50% - 60% ukuran ruang gambar mengikut ICAO)
3.Lebihan ruang di antara kepala dan hujung kepingan gambar berukuran 10mm
4.Lebihan ruang antara dagu dengan hujung bawah kepingan gambar berukuran 10mm
5.Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
6.Tiga suku profil tidak dibenarkan
7.Pemohon memandang tepat ke arah kamera
8.Mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup
9.Rambut tidak melindungi wajah
10.Tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung 
2. Bayaran Pasport
a. RM100.00 untuk 2 Tahun
b. RM300.00 untuk 5 Tahun
3. Bayaran Bagi Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas) dan Kanak-Kanak (berumur dibawah 12 tahun)
     a. RM80.00 untuk 2 Tahun
     b. RM150.00 untuk 5 Tahun
4. Bayaran Separuh Harga (RM 150.00 untuk 5 Tahun)
Bagi pelajar berumur di bawah 21 tahun yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di luar negara)
a) Dokumen Sokongan :
i.        surat tawaran IPT atau Agensi Pengambilan Pelajar atau surat tawaran biasiswa / tajaan
ii.        Resit bayaran yuran pendaftaran
iii.        Kad Matrik Pelajar (jika sedang belajar)
5. Pengecualian Bayaran / Percuma (Gratis)
a. Golongan orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajiikan Masyarakat dan mengemukakan Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.
6. Bentuk Bayaran
a. Tunai
b. Wang pos atau bank draf yang dipalang
i. Malaysia - Atas nama KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA atau PENGARAH IMIGRESEN NEGERI dimana permohonan dikemukakan.
ii. Luar Negara - Atas nama SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/PENOLONG SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/KEDUTAAN BESAR MALAYSIA/KONSULAT JENDERAL MALAYSIA (di mana berkaitan).
*Cek persendirian atau syarikat tidak diterima.
7. Cara Memohon Pasport Kali Pertama
Pemohon perlu mematuhi prosedur berikut:
a. Pemohon hadir sendiri di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
b. SEMUA permohonan kali pertama harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah :
Pemohon
Jika
Syarat-syarat
Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas
Lahir dalam negara
a. MyKad pemohon
Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11)  pemohon diperlukan.
b. 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Lahir luar negara
MyKad pemohon
Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia. Jika pasport tidak dapat dikesan kemukakan Surat Akuan Sumpah berhubung butir-butir kemasukan dan Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan.
2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia.
MyKad pemohon dan Sijil Lahir asal. 
Pemegang MyKad mesti bertanda 'H' bagi Sabah dan 'K' bagi Sarawak. Manakala MyKad tanpa tanda tersebut perlulah diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). (Tertakluk pada syarat-syarat JPN).
Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon diperlukan.
2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Catatan : Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja.
Pegawai dan anggota tentera
Kad Tentera
2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Pegawai dan anggota polis
Kad Polis
2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah
Lahir dalam negara
MyKad pemohon
Sijil lahir pemohon
MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama).
2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Lahir luar negara
Borang W/Sijil Lahir/Sijil Perakuan Taraf
Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia. Jika pasport tidak dapat dikesan kemukakan Surat Akuan Sumpah berhubung butir-butir kemasukan dan Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan.
MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia.
MyKad pemohon dan Sijil Lahir asal. 
Pemegang MyKad mesti bertanda 'H' bagi Sabah dan 'K' bagi Sarawak. Manakala MyKad tanpa tanda tersebut perlulah diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). (Tertakluk pada syarat-syarat JPN).
Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon diperlukan.
2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Catatan : Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja.
Jika ibu dan bapa telah meninggal dunia
MyKad pemohon
Sijil lahir pemohon
Sijil kematian ibu/bapa
Surat sumpah hak penjagaan anak
Kad Pengenalan penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Jika ibu dan bapa bercerai
MyKad pemohon
Sijil lahir pemohon
Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak kepada ibu/bapa.
MyKad ibu/bapa yang diberi hak penjagaan yang sah.
2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Jika ibu dan bapa tidak dapat dikesan
MyKad pemohon
Sijil lahir pemohon
Surat pengesahan dari Ketua Kampung/Penghulu yang mengesahkan ibu bapa tidak dapat dikesan dan hak penjagaan diberi kepada penjaga yang sah.
Surat Akuan Sumpah penjaga
Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Jika pemohon adalah anak angkat
MyKad pemohon
Sijil Anak Angkat
Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Jika pemohon telah berkahwin
MyKad pemohon
Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai)
2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
8. Permohonan Gantian Pasport Melalui Kaunter
Buku pasport baru akan dikeluarkan kepada permohonan gantian pasport.

Jika pemohon ingin memohon Pasport baru menggantikan Pasport yang belum tamat tempoh sahlakunya , baki tempoh (had maksima 6 bulan sahaja) yang ada dalam Pasport lama akan dimasukkan ke dalam Pasport baru dengan syarat-syarat berikut:
a. Bukan kes hilang atau rosak
b. Bukan kes dalam siasatan
c. Bukan permohonan gantian pasport untuk tempoh sahlaku dua(2) tahun
Kategori
Dokumen yang diperlukan
Pemohon bawah 18 tahun
§  Sama seperti dokumen yang dinyatakan pada kali pertama permohonan kecuali sijil lahir yang hanya diperlukan jika anak di bawah usia 12 tahun bagi tujuan dokumen pengenalan diri.
§  Pasport Malaysia yang terakhir digunakan.
§  2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
§  Kehadiran ibu/bapa/penjaga sah untuk tujuan kebenaran permohonan.
Pemohon atas 18 tahun
§  MyKad Pemohon
§  Kad Pengenalan Sementara (Resit JPN.KPPK 09 atau 11)(sekiranya tidak memiliki MyKad)
§  Pasport Malaysia yang terakhir digunakan.
§  2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
9. Kes Kehilangan/Kerosakan Pasport Malaysia
a. Kes Kehilangan
i.  Permohonan gantian bagi Pasport yang telah hilang boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan:
o    Kad Pengenalan (KPT)
o    Sijil Lahir
o    2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
o    Borang Soal Selidik Kehilangan Pasport (IMM.42c) yang boleh dimuat turun dan didapati di mana-mana Pejabat Imigresen dan telah diperakui oleh Suruhanjaya Sumpah/Mahkamah.
     ii.  Kelulusan permohonan gantian Pasport yang telah hilang adalah bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan keputusan siasatan dimaklumkan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh permohonan diterima.
     iii. Kategori Kes Kehilangan 
BIL
KATEGORI  HILANG / ROSAK
1
Kehilangan akibat bencana alam (tsunami, gempabumi, banjir dan seumpamanya)
* bukti bencana alam (surat Pegawai Daerah / Penghulu / Ketua Kampung / Perwakilan Malaysia di luar Negara atau Pihak Berkuasa Negara terlibat dan seumpamanya)
2
Kehilangan / rosak akibat kebakaran
*Perlu laporan pihak bomba
b. Kes Kerosakan Pasport Malaysia
Pasport Malaysia diistilahkan rosak jika :
i. Basah
ii. Diconteng / terconteng
iii. Dikoyak / Terkoyak
iv. Dibakar / terbakar
v. Dimakan anai-anai/serangga
vi. Gambar pudar / luntur
vii. Butiran dalam pasport dipinda
Permohonan gantian pasport yang rosak boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan
o    Dokumen-dokumen sokongan (asal beserta salinan) seperti Kad Pengenalan (KPT)
o    Sijil Lahir dan
o    2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Kelulusan permohonan gantian Pasport yang telah rosak bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan tempoh keputusan siasatan dimaklumkan dalam tempoh lima(5) hari dari tarikh permohonan diterima.
10. Maklumat Am
a. Penggunaan perkataan anak lelaki (A/L) dan anak perempuan (AP/) bagi kaum India dan bukan Islam di mukasurat utama Pasport Malaysia telah dimansuhkan tetapi dinyatakan pada mukasurat 'PEMERHATIAN'/'OBSERVATION'.
b. Jika pemohon dibawah usia 18 tahun, kad pengenalan ibu atau bapa diperlukan.
c. Pasport Malaysia yang tidak dituntut selepas tiga (3) bulan dari tarikh kutipan yang dinyatakan pada resit bayaran akan dibatalkan dan dilupuskan.Pemohon yang pasportnya telah dibatalkan jika memerlukan pasport hendaklah mengemukakan permohonan baru mengikut proses biasa beserta bayaran.
d. Tiada lagi kemudahan memasukkan butir-butir kanak-kanak dalam pasport ibu atau bapa. Kanak-kanak (termasuk bayi yang baru dilahirkan) perlu memohon secara berasingan dan ibu bapa boleh memohon untuk menukar gambar setelah bayi meningkat usia 2 tahun ke atas disertai dengan 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang., Sijil Lahir dan hadir bersama-sama anak berkenaan di Pejabat Imigresen.
e. Berdasarkan Akta Penjagaan Kanak-Kanak (Guardianship Act 1961- Pind 1999), ibu kini boleh seperti bapa membuat pengesahan bagi permohonan anak bawah 18 tahun.


Ujian Di Hari Jumaat

Assalamualaikum..Petang semalam dapat panggilan dari YSS, dorang mintak no pasport..Adesss pasport aku dah mati lama kot, kalau tau dah lama aku settle kan benda ni..Kebetulan lak aku waktu tu dah ada kat Kuala Kubu Bharu, kalau tau boleh la aku print gambar pasport siap-siap untuk renew pasport..

Nak taknak hari ni aku kena settle kan jugak hal ni..Kebetulan waktu nak keluar tu ada customer mintak prebet ke Pos Laju dan pekan..Alamak ni dah makan masa aku sikit ni untuk print gambar baru (sebab yang print pagi tadi silap saiz) lepas tu nak ke KKB lagi..Takpe la Allah dah bagi rezki kan jadi aku pun prebet la customer tu..

Lepas dah settle hal prebet tu, apa lagi dah macam kartun aku di buat nye..Mula-mula ke PT untuk print gambar lepas tu drive melulu ke KKB, adesss minyak dah tinggal sikit lak jadi kena la isi minyak di Shell simpang nak ke KKB..Sampai pekan KKB, aku dah pening tengok signboard yang pelbagai arah, rasa-rasa nye memang aku akan sesat ni..

Yes!! Memang aku sesat pun, jadi kena la ringan mulut tanya orang-orang di tepi jalan..Alhamdulillah dapat sedikit panduan dari uncle yang meniaga ayaq nyoq tepi jalan..Tapi dia tak bagi panduan penuh di mana terletak nye Jabatan Imigresen..Di pendek kan citer aku sesat terok sampai kawasan perumahan orang asli la, hospital la, rumah kebajikan la, berpeluh-peluh aku di buat nye..Last sekali jumpa 2 orang uncle yang sedang jogging, kata dorang pejabat tu ada kat pekan je..Laaaa cam mana la aku tak perasan, satu hal lagi nak ke pekan aku sesat jalan lagi..

Ni semua gara-gara Maps la ni, aku ikot sampai ketahuan di buatnya..Alhamdulillah berjaya gak sampai ke pekan dan melilau cari bangunan yang di katakan di situ terletak pejabat imigresen..Lagi sekali ringankan mulut tanya kedai-kedai kat mana pejabat tu, akhirnya jumpa gak..Jam di tangan menunjuk kan pukul 05:10pm, bukak lagi kot biasa pejabat tutup kul 05:30pm..Tiba-tiba tarik pintu eh asal tak boleh bukak ni, lepas tu baru nampak waktu operasi untuk hari Jumaat sampai kul 05:00pm..


Maka nye duk tercongok la aku di tepi kereta mengenangkan nasib diri ni..Mungkin salah aku gak sebab tadi dah masuk waktu Asar asal la aku tak pi solat dulu kan..


Sebagai umat Islam, aku harus menunaikan solat Asar aku, jadi berhenti solat di Masjid tepi jalan ni on the way nak balik ke Tg.Malim..Maaf lupa nama Masjid walaupun dah kali ke-2 aku singgah solat di sini huhu..Alhamdulillah lepas solat hati ni rasa tenang sikit daripada tadi, fikiran pun dah tak bercelaru..Sebab tu setiap kali kita di berikan ujian perlu ingat pada Allah, In Sha Allah akan di berikan jalan penyelesaian..Alhamdulillah selesai solat Asar dapat panggilan dari Abah, Abah tanya tentang pasport tu dapat renew atau tak..Aku pun citer la apa yang terjadi pada Abah, jadi Abah pun bagi tau nak bank in sikit duit untuk cover renew dengan cost aku ke pejabat imigresen lain pulak esok..

Mudah-mudahan esok bukak la pejabat imigresen di Teluk Intan agar aku dapat selesaikan masalah ni dengan kadar segera, Amin =) ..


Tuesday, June 10, 2014

Adoyaiiiiiiiiii

Assalamualaikum..Semangat bangun awal pagi ni sebab nak ke 7-Eleven semata-mata nak tebus Bolario Bear..Dalam kul 9 pagi macam tu lepas abih tengok Upin Ipin baru aku gerak ke sana..Sampai je terus aku tanya Manager 7E bear dah ada belum..Katanya sepatutnya lori dah hantar barang tu malam tadi, tapi tak sampai-sampai lagi..Jadi akak tu suh mai dalam tengah hari gitu la, aku pun terpaksa akur huhu..

Jadi ke pekan lak seterusnya untuk beli barang niaga dan tisu untuk kereta..Di sebabkan terlalu awal, kedai RM2 pun tak bukak lagi untuk beli tisu huhu, Alhamdulillah kedai makcik tu dah bukak untuk beli barang niaga..Lepas dah rasa takde benda nak beli balik jela, tak kan nak melangut kat pekan tu sampai kul 12 kan..Jadi sampai je di rumah faham-faham la kan apa aktiviti aku nak buat kalau bukan tido Zzz Zzz Zzz..

Dalam kul 1 tengah hari aku pun gerak semula ke 7E, mintak-mintak bear dah sampai..Tau-tau cashier bagi tau dah ada 2 orang dah dapat tebus bear jersi Malaysia, aaarrrggghhhhh rupanya lepas aku blah tu lori baru sampai, jadi ada orang lain dah tuntut..Aku baru dapat tau yang misteri tu rupanya bear yang sarung jersi Malaysia, lagi rare dari bear yang sarung jersi Brazil..Pape pun Alhamdulillah dapat gak tuntut dua menatang ni

Ninnnn diaaaaa, satu Brazil satu lagi Argentina


Maka sekarang ni cukup la 3 koleksi limited edition aku ni, cantik gak no 9 di apit oleh dua no 10 hoho..