Alhamdulillah dalam kul 11.30am aku berjaya gak sampai di UTC Ipoh selepas sesat di pekan Ipoh hahahaha, aku ni tak sah kalau tak sesat pi mana-mana pun..1st time masuk bangunan UTC dan baru aku tau rupanya dalam satu bangunan ni merangkumi banyak sektor-sektor kerajaan, kiranya memudahkan urusan untuk orang awam..Alhamdulillah urusan untuk renew pasport ni tak lama, cuma nya gambar akan di ambil terus di kaunter, jadi sia-sia jela kelmarin aku kelam kabut edit gambar lepas tu print sampai 2 kali lak tu tau-tau tak guna pun gambar tu huhu..Lepas dah berurusan di kaunter nak kena tunggu di kaunter serahan, aku semalam kena tunggu sejam baru boleh ambik pasport..
Pape pun Alhamdulillah Allah dah memudahkan urusan dan perjalanan pergi dan balik pun selamat, cumanya aku ni terok sangat tak pakai sweater waktu ride semalam..Cuma pakai sarung muka dan kasut tu je, kalau time dulu-dulu dengan helmet full face bagai, glove lagi, semalam kering gitu je..Akibatnye hambik sun burn tangan hahaha..Takpe alah bisa tegal biasa =) ..



No comments:
Post a Comment