Pasport Malaysia Antarabangsa
1. Pengenalan
Pasport Malaysia adalah suatu Dokumen
Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi
maksud perjalanan keluar negara.
a. Kelayakan - Warganegara Malaysia.
b. Tempat Memohon - Permohonan boleh
dikemukakan di semua Pejabat Imigresen Negeri di Malaysia dan
di Pejabat Perwakilan Malaysia jika berada di luar negara.
c. Tempoh Sah Laku - Tempoh sah laku selama dua
(2) tahun atau lima (5) tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan.
d. Spesifikasi Gambar Pasport Polikarbonat

1.Kepingan gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa
bayang
2.Saiz wajah pembawa passport berukuran minima 25-30mm
(50% - 60% ukuran ruang gambar mengikut ICAO)
3.Lebihan ruang di antara kepala dan hujung kepingan gambar
berukuran 10mm
4.Lebihan ruang antara dagu dengan hujung bawah kepingan
gambar berukuran 10mm
5.Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
6.Tiga suku profil tidak dibenarkan
7.Pemohon memandang tepat ke arah kamera
8.Mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup
9.Rambut tidak melindungi wajah
10.Tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung
2. Bayaran Pasport
a. RM100.00 untuk 2 Tahun
b. RM300.00 untuk 5 Tahun
3. Bayaran Bagi Warga Emas (berumur
60 tahun ke atas) dan Kanak-Kanak (berumur dibawah 12 tahun)
a. RM80.00 untuk
2 Tahun
b. RM150.00
untuk 5 Tahun
4. Bayaran Separuh Harga (RM
150.00 untuk 5 Tahun)
Bagi pelajar berumur di bawah 21
tahun yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi
(IPT) di luar negara)
a) Dokumen Sokongan :
i.
surat tawaran IPT atau Agensi
Pengambilan Pelajar atau surat tawaran biasiswa / tajaan
ii.
Resit bayaran yuran pendaftaran
iii.
Kad Matrik Pelajar (jika sedang
belajar)
5. Pengecualian Bayaran / Percuma
(Gratis)
a. Golongan orang kurang upaya (OKU)
yang berdaftar dengan Jabatan Kebajiikan Masyarakat dan mengemukakan Kad
Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.
6. Bentuk Bayaran
a. Tunai
b. Wang pos atau bank draf yang dipalang
i. Malaysia - Atas nama KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA
atau PENGARAH IMIGRESEN NEGERI dimana permohonan dikemukakan.
ii. Luar Negara - Atas nama SURUHANJAYA TINGGI
MALAYSIA/PENOLONG SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/KEDUTAAN BESAR MALAYSIA/KONSULAT
JENDERAL MALAYSIA (di mana berkaitan).
*Cek persendirian atau syarikat tidak diterima.
7. Cara Memohon Pasport Kali Pertama
Pemohon perlu mematuhi prosedur
berikut:
a. Pemohon hadir sendiri di Pejabat Imigresen atau Pejabat
Perwakilan Malaysia di luar negara
b. SEMUA permohonan kali pertama harus
mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah :
|
Pemohon
|
Jika
|
Syarat-syarat
|
|
Pemohon yang berumur 18 tahun ke
atas
|
Lahir dalam negara
|
a. MyKad pemohon
Sekiranya tidak memiliki MyKad,
Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) pemohon diperlukan.
b. 2 keping gambar bersaiz 35mm
x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
|
|
Lahir luar negara
|
MyKad pemohon
Dokumen Perjalanan/pasport yang
digunakan semasa balik ke Malaysia. Jika pasport tidak dapat dikesan
kemukakan Surat Akuan Sumpah berhubung butir-butir kemasukan dan Dokumen
Perjalanan/pasport yang digunakan.
2 keping gambar bersaiz 35mm
x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
|
|
|
Pemohon warganegara Malaysia Sabah
dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung
Malaysia.
|
MyKad pemohon dan Sijil Lahir
asal.
Pemegang MyKad mesti bertanda 'H'
bagi Sabah dan 'K' bagi Sarawak. Manakala MyKad tanpa tanda tersebut perlulah
diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). (Tertakluk
pada syarat-syarat JPN).
Sekiranya tidak memiliki MyKad,
Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon
diperlukan.
2 keping gambar bersaiz 35mm
x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Catatan : Permohonan akan dirujuk
ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan dimaklumkan selepas
5 hari bekerja.
|
|
|
Pegawai dan anggota tentera
|
Kad Tentera
2 keping gambar bersaiz 35mm
x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
|
|
|
Pegawai dan anggota polis
|
Kad Polis
2 keping gambar bersaiz 35mm
x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
|
|
|
Pemohon yang berumur 18 tahun ke
bawah
|
Lahir dalam negara
|
MyKad pemohon
Sijil lahir pemohon
MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa
perlu hadir sama).
2 keping gambar bersaiz 35mm
x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
|
|
Lahir luar negara
|
Borang W/Sijil Lahir/Sijil
Perakuan Taraf
Dokumen Perjalanan/pasport yang
digunakan semasa balik ke Malaysia. Jika pasport tidak dapat dikesan
kemukakan Surat Akuan Sumpah berhubung butir-butir kemasukan dan Dokumen
Perjalanan/pasport yang digunakan.
MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa
perlu hadir sama)
2 keping gambar bersaiz 35mm
x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
|
|
|
Pemohon warganegara Malaysia Sabah
dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung
Malaysia.
|
MyKad pemohon dan Sijil Lahir
asal.
Pemegang MyKad mesti bertanda 'H'
bagi Sabah dan 'K' bagi Sarawak. Manakala MyKad tanpa tanda tersebut perlulah
diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). (Tertakluk
pada syarat-syarat JPN).
Sekiranya tidak memiliki MyKad,
Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon
diperlukan.
2 keping gambar bersaiz 35mm
x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Catatan : Permohonan akan dirujuk
ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan dimaklumkan selepas
5 hari bekerja.
|
|
|
Jika ibu dan bapa telah meninggal
dunia
|
MyKad pemohon
Sijil lahir pemohon
Sijil kematian ibu/bapa
Surat sumpah hak penjagaan anak
Kad Pengenalan penjaga/Pasport
Penjaga (jika warga asing)
2 keping gambar bersaiz 35mm
x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
|
|
|
Jika ibu dan bapa bercerai
|
MyKad pemohon
Sijil lahir pemohon
Surat mahkamah memberi hak
penjagaan anak kepada ibu/bapa.
MyKad ibu/bapa yang diberi hak
penjagaan yang sah.
2 keping gambar bersaiz 35mm
x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
|
|
|
Jika ibu dan bapa tidak dapat
dikesan
|
MyKad pemohon
Sijil lahir pemohon
Surat pengesahan dari Ketua
Kampung/Penghulu yang mengesahkan ibu bapa tidak dapat dikesan dan hak
penjagaan diberi kepada penjaga yang sah.
Surat Akuan Sumpah penjaga
Kad Pengenalan Penjaga/Pasport
Penjaga (jika warga asing)
2 keping gambar bersaiz 35mm
x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
|
|
|
Jika pemohon adalah anak angkat
|
MyKad pemohon
Sijil Anak Angkat
Kad Pengenalan Penjaga/Pasport
Penjaga (jika warga asing)
2 keping gambar bersaiz 35mm
x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
|
|
|
Jika pemohon telah berkahwin
|
MyKad pemohon
Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika
telah bercerai)
2 keping gambar bersaiz 35mm
x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
|
|
8. Permohonan Gantian Pasport
Melalui Kaunter
Buku pasport baru akan dikeluarkan
kepada permohonan gantian pasport.
Jika pemohon ingin memohon Pasport baru menggantikan Pasport yang belum tamat tempoh sahlakunya , baki tempoh (had maksima 6 bulan sahaja) yang ada dalam Pasport lama akan dimasukkan ke dalam Pasport baru dengan syarat-syarat berikut:
Jika pemohon ingin memohon Pasport baru menggantikan Pasport yang belum tamat tempoh sahlakunya , baki tempoh (had maksima 6 bulan sahaja) yang ada dalam Pasport lama akan dimasukkan ke dalam Pasport baru dengan syarat-syarat berikut:
a. Bukan kes hilang atau rosak
b. Bukan kes dalam siasatan
c. Bukan permohonan gantian pasport untuk tempoh sahlaku
dua(2) tahun
|
Kategori
|
Dokumen yang diperlukan
|
|
Pemohon bawah 18 tahun
|
§ Sama seperti dokumen yang dinyatakan pada kali pertama permohonan kecuali
sijil lahir yang hanya diperlukan jika anak di bawah usia 12 tahun bagi
tujuan dokumen pengenalan diri.
§ Pasport Malaysia yang terakhir digunakan.
§ 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar
belakang putih tanpa bayang.
§ Kehadiran ibu/bapa/penjaga sah untuk tujuan kebenaran
permohonan.
|
|
Pemohon atas 18 tahun
|
§ MyKad Pemohon
§ Kad Pengenalan Sementara (Resit JPN.KPPK 09 atau
11)(sekiranya tidak memiliki MyKad)
§ Pasport Malaysia yang terakhir digunakan.
§ 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar
belakang putih tanpa bayang.
|
9. Kes Kehilangan/Kerosakan Pasport
Malaysia
a. Kes Kehilangan
i. Permohonan gantian bagi Pasport yang telah hilang
boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan
mengemukakan:
o
Kad Pengenalan (KPT)
o
Sijil Lahir
o
2 keping gambar bersaiz 35mm x
50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
o
Borang Soal Selidik Kehilangan
Pasport (IMM.42c) yang boleh
dimuat turun dan didapati di mana-mana Pejabat Imigresen dan telah diperakui
oleh Suruhanjaya Sumpah/Mahkamah.
ii.
Kelulusan permohonan gantian Pasport yang telah hilang adalah bergantung kepada
keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan keputusan siasatan dimaklumkan dalam
tempoh lima (5) hari dari tarikh permohonan diterima.
iii. Kategori
Kes Kehilangan
|
BIL
|
KATEGORI HILANG / ROSAK
|
|
1
|
Kehilangan akibat bencana alam
(tsunami, gempabumi, banjir dan seumpamanya)
* bukti bencana alam (surat
Pegawai Daerah / Penghulu / Ketua Kampung / Perwakilan Malaysia di luar
Negara atau Pihak Berkuasa Negara terlibat dan seumpamanya)
|
|
2
|
Kehilangan / rosak akibat
kebakaran
*Perlu laporan pihak bomba
|
b. Kes Kerosakan Pasport Malaysia
Pasport Malaysia diistilahkan rosak jika :
i. Basah
ii. Diconteng / terconteng
iii. Dikoyak / Terkoyak
iv. Dibakar / terbakar
v. Dimakan anai-anai/serangga
vi. Gambar pudar / luntur
vii. Butiran dalam pasport dipinda
Permohonan gantian pasport yang rosak boleh dikemukakan di
mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan
o
Dokumen-dokumen sokongan (asal
beserta salinan) seperti Kad Pengenalan (KPT)
o
Sijil Lahir dan
o
2 keping gambar bersaiz 35mm x
50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Kelulusan permohonan gantian Pasport
yang telah rosak bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan
tempoh keputusan siasatan dimaklumkan dalam tempoh lima(5) hari dari tarikh
permohonan diterima.
10. Maklumat Am
a. Penggunaan perkataan anak lelaki (A/L) dan anak perempuan
(AP/) bagi kaum India dan bukan Islam di mukasurat utama Pasport Malaysia telah
dimansuhkan tetapi dinyatakan pada mukasurat 'PEMERHATIAN'/'OBSERVATION'.
b. Jika pemohon dibawah usia 18 tahun, kad pengenalan ibu
atau bapa diperlukan.
c. Pasport Malaysia yang tidak dituntut selepas tiga
(3) bulan dari tarikh kutipan yang dinyatakan pada resit bayaran akan dibatalkan
dan dilupuskan.Pemohon yang pasportnya telah dibatalkan jika memerlukan
pasport hendaklah mengemukakan permohonan baru mengikut proses biasa beserta
bayaran.
d. Tiada lagi kemudahan memasukkan butir-butir
kanak-kanak dalam pasport ibu atau bapa. Kanak-kanak (termasuk bayi yang baru
dilahirkan) perlu memohon secara berasingan dan ibu bapa boleh memohon untuk
menukar gambar setelah bayi meningkat usia 2 tahun ke atas disertai dengan 2
keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa
bayang., Sijil Lahir dan hadir bersama-sama anak berkenaan di Pejabat
Imigresen.
e. Berdasarkan Akta Penjagaan Kanak-Kanak (Guardianship Act
1961- Pind 1999), ibu kini boleh seperti bapa membuat pengesahan bagi
permohonan anak bawah 18 tahun.
No comments:
Post a Comment