Tempat pertama yang aku dah rancang untuk singgah sebelum ke PT, semestinya 7-11!!!!!!!!! Ni kali ke-3 aku ke sana setelah dapat maklumat yang betul macam mana nak redeem BolaRio Bear tu..Tanya cashier sekali dia kata stock memang dah sampai, tapi Manager lak tak sampai lagi sebab kunci simpanan bear tu ada pada Manager..Adesss tak kan nak kena datang lain hari pulak kot, nanti abih lagi huhu..
Entah cam mana aku pun duk bual-bual lagi dengan cashier tu, nak dijadikan rezki tiba-tiba Manager 7e tu pun sampai..Alhamdulillah rezki aku untuk dapatkan bear tu dah ditetapkan pagi tadi =) Dengan muka excited lebih macam orang menang kereta cabutan bertuah, aku pun bukak wrapping teddy bear tu, Alhamdulillah dapat bear Jepun hehe..
Macam ni la rupa depan packaging tu, memang korang tak kan tau bear mana yang korang akan dapat
Ni lak belakang packaging yang memaparkan koleksi-koleksi lain yang korang boleh kumpul
Tadaa!! Ni dia si comel Jepun no 10 yang aku dapat =D



No comments:
Post a Comment