Tuesday, June 10, 2014

Adoyaiiiiiiiiii

Assalamualaikum..Semangat bangun awal pagi ni sebab nak ke 7-Eleven semata-mata nak tebus Bolario Bear..Dalam kul 9 pagi macam tu lepas abih tengok Upin Ipin baru aku gerak ke sana..Sampai je terus aku tanya Manager 7E bear dah ada belum..Katanya sepatutnya lori dah hantar barang tu malam tadi, tapi tak sampai-sampai lagi..Jadi akak tu suh mai dalam tengah hari gitu la, aku pun terpaksa akur huhu..

Jadi ke pekan lak seterusnya untuk beli barang niaga dan tisu untuk kereta..Di sebabkan terlalu awal, kedai RM2 pun tak bukak lagi untuk beli tisu huhu, Alhamdulillah kedai makcik tu dah bukak untuk beli barang niaga..Lepas dah rasa takde benda nak beli balik jela, tak kan nak melangut kat pekan tu sampai kul 12 kan..Jadi sampai je di rumah faham-faham la kan apa aktiviti aku nak buat kalau bukan tido Zzz Zzz Zzz..

Dalam kul 1 tengah hari aku pun gerak semula ke 7E, mintak-mintak bear dah sampai..Tau-tau cashier bagi tau dah ada 2 orang dah dapat tebus bear jersi Malaysia, aaarrrggghhhhh rupanya lepas aku blah tu lori baru sampai, jadi ada orang lain dah tuntut..Aku baru dapat tau yang misteri tu rupanya bear yang sarung jersi Malaysia, lagi rare dari bear yang sarung jersi Brazil..Pape pun Alhamdulillah dapat gak tuntut dua menatang ni

Ninnnn diaaaaa, satu Brazil satu lagi Argentina


Maka sekarang ni cukup la 3 koleksi limited edition aku ni, cantik gak no 9 di apit oleh dua no 10 hoho..


No comments:

Post a Comment