Sunday, June 8, 2014

Aktiviti Petang Hari

Assalamualaikum..Kalau orang lain biasa nye waktu petang akan ada aktiviti riadah macam bersukan ke, jogging ke..Tapi macam aku ni jenis pemalas sikit, sebab tu badan besar hahaha =P ..Jadi aktiviti petang aku hari ni adalah dengan menjadi bantal alas kepala yang dah koyak..Haa?? Tak tau apa dia?? Meh aku tunjuk kan gambar benda tu



Haaaa ninnn diaaaaa (orang Utagha sebut lagu ni hehe)..Tanpa bantal ni memang tak sedap la nak drive sebab kepala tegak camtu je, lenguh woooo..Kalau drive dekat tu mungkin takpe la lagi, tapi kalau dari Tg Malim ke Perlis memang terasa keenakan lenguh leher tula..


Tak sangka lak ingatkan tak cukup 10 lagi sticker ni..Waktu beli barang di 7e tadi dapat 6 sticker, jadi setahu aku yang dah ada dalam kad cuma 2 sticker je..Selesai menjahit tadi baru teringat nak belek kad sticker ni, rupa-rupanya aku dah ada 4, Alhamdulillah tambah 6 yang baru dapat tadi total dah ada 10 sticker..Esok awal pagi boleh la ke 7e dan tebus teddy bear satu lagi, hopefully dapat la negara Brazil, Amin =) ..

Jom nak kua sat isi air untuk tangki wiper dan alang-alang tu nak letak balik bantal Doraemon tu dalam kereta..

No comments:

Post a Comment