Wednesday, May 21, 2014

My Baby

Yamaha FZ150i

Assalamualaikum..Setiap orang mesti ada hobi sendiri kan, dan semestinya masa banyak diperuntukkan untuk hobi tersebut, dan semestinya lagi akan sayang sangat-sangat dengan hobi tu..Ada yang gila kan gadget, ada yang gila kan kamera..Untuk aku, aku pilih permotoran sebagai hobi aku =) ..

Nak kata minat motor tu, memang minat la dari kecik lagi kot, especially motor scram..Sebabnya kebanyakkan Kamen Rider dulu-dulu naik motor scram hehe..Ingat lagi dulu ada model motor scram hampir 10 bijik, Abah memang bising la setiap kali pergi pasar malam mesti aku mintak mainan motor scram hahaha..Tapi aku takde la bertuah macam budak-budak lain yang naik sekolah menengah dah boleh bawak motor ke sekolah, adik-adik sila dapatkan lesen dulu ye jangan ikot contoh yang tak baik..Lepas tamat ujian SPM baru la aku diberi peluang untuk ambik lesen motor dengan kereta sekali gus, maklum la duduk asrama susah sikit nak buat itu ini kan..Alhamdulillah selepas berjaya dapatkan lesen L, motor EX5 digunakan oleh aku untuk buat pi kerja atau jalan-jalan, tapi masih akak guna skali gak la motor tu..

Waktu jadi student U ni kalau tak ada transport memang la susah, serius tak tipu tau..Dulu waktu Diploma kerap gak la pinjam motor kawan-kawan untuk ke pekan, tapi selalu nye atas urusan nak beli barang niaga la apa la, tak pernah lak guna untuk dating sebabnye aku single huhu..Tapi takde la pinjam gitu je, aku pi pekan lepas tu aku isikan minyak, yela orang dah bagi pinjam kita kena la hargai kan..Cuma nye, pernah senior aku dulu mengeluarkan ayat yang sampai bila-bila memang aku tak kan lupa la, mungkin waktu dia kuarkan kata-kata tu dalam keadaan bad mood kot.."balik-balik muka hang datang bilik aku nak pinjam motor, dah takde orang lain dah ke"..Serius beb aku tersentap gila kot waktu dia kata macam tu, memang ayat tu menusuk tajam ke jantung aku, nasib tak mati..Lepas daripada tu memang aku nekad abih Diploma aku nak keja dulu untuk beli motor kemudian baru sambung Degree..

Alhamdulillah abih Dip dalam 2 bulan lebih aku berjaya dapatkan keja di TMPoint Kangar

Haaa ni la dia dalam TMPoint Kangar, kalau korang boleh nampak kaunter No 3 tula meja aku duduk tiap-tiap minggu.


Waktu awal-awal kerja dulu memang tak banyak kerja yang aku mampu buat, yela bukan nye senang nak belajar sistem itu ini dalam tempoh yang singkat kan..Jadi dalam waktu tu memang website Google la jadi pilihan hati untuk aku bukak tiap hari, yeeesss!!! Untuk survey motor apa yang aku nak beli hehe..Survey punya survey, last-last ingat berkenan kat motor Yamaha FZ150i, apa lagi tiap-tiap hari bukak forum tu dan baca apa yang dorang post dalam tu..Taknak register lagi sebab tak tau aku akan dapat beli motor tu ke tak..

Dipendek kan citer, Alhamdulillah ada rezki aku untuk memiliki motor tu..Ingat nak ambik hutang je lepas aku berjaya kumpulkan duit gaji aku untuk buat downpayment motor tu, tapi Abah tolong beli kan dengan syarat tiap-tiap bulan aku bayar semula kat dia..Wokey no problem Abah, memang tiap-tiap bulan aku bayar banyak macam RM500, RM600 supaya cepat settle hutang tu..Alhamdulillah dalam tempoh setahun aku berjaya bayar semula RM8050 kat Abah..Aku akan tunjuk kan fasa-fasa motor yang telah aku ubah suai


Ni la dia waktu hari pertama keluar kedai, petang tu terus aku tempek kan sticker Naga dan tulisan Dragon yang aku buat sendiri sebulan sebelum beli motor tu..Helmet tu pun sama gak, aku beli sebulan sebelum motor keluar, punya la excited nak dapat kan motor pertama hehe

Dalam fasa ke-2 ni banyak gak la yang aku dah perabihkan duit, untuk lebih detail korang boleh cari video tentang motor aku di Youtube..Alhamdulillah secara pelan-pelan aku mampu beli jacket dan glove

Uik motor apa ni?? Haaa korang jangan terkejut, ni masih motor aku yang sama cuma ia dah berubah ke fasa 3 hehe

Dah macam Superbike lak hehe, pada hal sarung fairing Yamaha TZM je..serius Abah pun suka tengok aku buat ubah suai macam ni

Dalam fasa yang ke-5 ni tak banyak yang ubah, cuma fiber dengan lampu depan Nouvo-S, tukar scheme color, dan balut custom seat



Selepas terlibat dalam kemalangan, aku terpaksa melalui fasa ke-6 huhu, ingat best ke tukar banyak kali tu semua duit tu







Yang ke-7 paling ganas la, tak perlu aku citer nape korang tengok pun mesti boleh agak dah kan kenapa aku bagi tau macam tu




Sepatutnya ada lagi satu gambar tapi tak tau la hilang ke mana, gambar tu aku guna headlamp Apido Turtle




Ni fasa yang terakhir aku, fasa yang ke-9

Kalau korang perasan, aku memang sayang sangat-sangat kat Baby aku ni..Tapi apakan daya, jodoh aku dengan dia tak lama..In Sha Allah mungkin satu hari nanti aku akan dapat yang lebih baik dari ni kan =)









No comments:

Post a Comment