Sunday, May 18, 2014

Mari Makan

Loveat Tg.Malim

Assalamualaikum..haaa 1st post tiba-tiba dah pasal makanan kan hehe, saja nak bagi korang terasa lapor bila nengok makanan ni


Haaa amacam terliur tak?? hehe..Kedai ni terletak berhampiran Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI, atau pun Taman Universiti..Kedudukan kedai ni di bahagian hujung jadi korang kena rajin berjalan sikit ye, kasi exercise sikit apa salahnye sebelum melantak puas-puas kan hehe..Ooo ye set yang dalam gambar ni, especially burger yang di balut dengan kertas aluminium tu, yang tu Black Pearl set..Untuk penerangan yang lebih akan di terangkan di bawah ni, meh-meh scroll ke bawah hoho :p ..


Ni ruang dalam restoran Loveat, tapi skang ni dah ada tambah decorate lagi..gambar ni tahun lepas punya waktu tugasan kumpulan


Haaa ni la dia owner Restoran Loveat (yang pakai cap tu), Abg Fazli..Yang sebelah tu kawan beliau, seorang businessman gak tu..


Macam mana korang nak order?? Haaa ni nak habaq mai kat hangpa semua, hangpa tak perlu nak beratuq panjang-pangjang tunggu giliran nak order, sistem depa duk ada ni baguih punya hehe..Di setiap meja akan di letak kan Order Chit, iaitu kertas yang dalam gambar kat atas ni, lagi sekali mintak maaf sebab yang ni Order Chit yang lama sebab sekarang dorang dah tambah menu baru, Gourmet Sausage jadi ada penambahan pada OC tu..Nanti akan datang pelayan-pelayan Loveat ke meja korang untuk bagi menu dan explain macam mana korang nak buat pesanan makanan tu


OK ninnnn diaaaa Menu yg di katakan tadi..Lepas korang di beri menu, nanti staff akan tanya, "Encik/ Puan 1st time datang ke sini ke??" kalau korang 1st time mengaku jela ye, jangan berlagak pro lak nanti order merapu je hihi..Bukan apa korang biasanya familiar dengan KFC, Mc'D, Pizza Hut, dan seangkatan dengan nya, tapi dengan Loveat ni korang tak biasa lagi kan..
Macam ni ada beberapa menu yang korang boleh pilih dari Beef, Chicken, Lamb, Fish, Veggie, Kid Set, dan Gourmet Sausage..Selain tu ada jugak Add On contoh Nugget, Hash Brown, Mushroom, dan macam-macam lagi la..Kalau korang ambik set lagi berbaloi sebab sekali dengan fries yang di taburkan dengan serbuk-serbuk herba, special sauce, dan jugak air dengan gelas besaq wooooooo..Air tu untuk set korang boleh pilih soya, cincau, Pepsi, 7up, Mirinda, dan ice lemon tea..Selain tu ada gak float, korang cuma tambah RM1 je, berbaloi dengan aiskrim vanilla 2 scoop tu..


Lepas korang dah tick makanan apa yg korang nak makan pada Order Chit tu, haaa korang bawak la ke akaunter ni..Mudah kan, sambil duduk-duduk pilih makanan sampai kaunter serahkan OC, buat bayaran dan kemudian korang duduk semula di meja tunggu makanan di hantar..Takde la lenguh nak beratur panjang-panjang tunggu orang depan order berapa lama pun tak tau kan..Haaa akak manis dalam gambar ni isteri kepada Abg Fazli, mereka berdua ni memang sporting la korang jangan risau nak tanya apa pun =) ..


Sementara korang tunggu akak di kaunter kira total korang order, korang tengok di sebelah kiri korang akan nampak gambar-gambar orang yang pernah berkunjung ke Loveat..Kalau korang pergi sekarang ni rasanya lagi banyak gambar sebab dorang celebrate Hari Wanita dan juga Hari Ibu, pelanggan yang datang pada hari tersebut dapat bunga tuuuuuuu..Gambar aku pun ada gak, jangan jeles hehe :p ..


Di sini gak ada disediakan kemudahan tandas dan juga Surau bagi Muslim untuk menunaikan solat..

Alhamdulillah dapat t-shirt Loveat free waktu buat interview dulu, aip2 tak baik jeles tau hehe :p


Nah racun korang lagi sekali hehe..Restoran ni beroperasi dari waktu 6.00 petang sehingga lah 11.00 malam..Jadi lepas solat Isya pun sempat lagi korang nak pergi kan..Apa-apa pun kedai ni ramai yang kunjung tak kira lah bangsa apa pun, sebab bak kata Abg Fazli tujuan dia nak bagi orang makan kenyang (patut la semua besar-besar, burger, kentang, gelas hehe thorrrrbaik la)..

Ni link page Loveat untuk korang update sebab Loveat selalu jugak la buat offer macam-macam tertarik kau memang da bomb hehe, https://www.facebook.com/LoveatsKitchen

Di page ni pun korang boleh dapatkan alamat Loveat bagi yang berada di luar kawasan Tg.Malim yang tak familiar dengan kawasan sini lagi..

Hope korang enjoy makan di sana, In Sha Allah =)

*sedikit maklumat tambahan yang korang perlu tahu tentang Loveat:
-untung menghasilkan roti yang berwarna kelabu tu, ianya adalah dari charcoal bamboo yang di import dari Jepun
-hampir 100% produk Loveat adalah homemade
-pemilik Loveat betul-betul teliliti dalam memilih bahan-bahan masakan sehingga kan sayur yang di gunakan walaupun rosak sedikit beliau akan gantikan dengan yang lain..Begitu sekali mereka menjaga kualiti produk dan kebersihan makanan mereka =)







No comments:

Post a Comment